Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran cemerlang wanita yg pertama sekali mati syahid dalam Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yg tersimpan di relung hatinya yang dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yang terkenal bengis dan kejam.
Sumayyah bersama suami dan anaknya Ammar dijemur di tengah padang pasir yang sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan. Mereka diseksa dengan kejam agar mengikuti keinginan Abu Jahal. Namun mereka tidak terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir atau puteranya, Ammar selain daripada rintihan yang penuh kesakitan, justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yg beriman ini agar menyatakan murtad dari agama Islam.
Baca juga : Keutamaan Shalat Sunnah Fajar
Baca juga : Keutamaan Shalat Sunnah Fajar
Sumayyah tidak merintih kesakitan tetapi menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yang mahal kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda melewati tempat mereka diseksa yang bermaksud; “Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana tempat yg dijanjikan untuk kamu adalah syurga.”(Subhanallah…)
Baca juga : Shalat Sunnah Rawatib (Berpahala Rumah Di Surga) : Mu'akkad, Ghoiru Mu'akkad, Niat Shalat, dan Keutamaan Shalat Sunnah Rawatib ,
Baca juga : Shalat Sunnah Rawatib (Berpahala Rumah Di Surga) : Mu'akkad, Ghoiru Mu'akkad, Niat Shalat, dan Keutamaan Shalat Sunnah Rawatib ,
Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga. Biar apapun seksaan yang menimpa Sumayyah namun ia tetap dengan pendirian dan keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Abu Jahal yg sombong dan bengis merasa terhina kerana dicabar oleh seorang wanita yg lemah. Penyeksaan yg dilakukan hanya menambah ketaqwaan Sumayyah dan menambah keberaniannya. Akhirnya Sumayyah di bunuh dengan penyiksaan yg menyedihkan.
Riwayat Sumayyah dicatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas karena beliau wanita yang pertama mati syahid dalam Islam sebagai motivasi jihad terhadap generasi yang berikutnya. Namanya abadi hingga kini untuk dikenang sbg pejuang yg sanggup dan berani melawan kekejaman dan kekerasan. Ibnu Hajar berkata dalam kitabnya Al-Ishabah; “Sumayyah binti Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah bin al-Mughirah bin Makhzum. Beliau adalah ibu Ammar bin Yasir orang yang masuk Islam pd hari ke-7. Sumayyah disiksa Abu Jahal dan ditusuk tombak pada kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yg pertama sekali mati syahid dalam Islam.
Yasir dinikahkan oleh Huzaifah dengan Sumayyah kemudian mendapat seorang anak yg diberi nama Ammar setelah dimerdekakan. Yasir, Ammar dan Sumayyah termasuk angkatan pertama yang memeluk Islam.”
Sumayyah menjadi lambang dalam menegakkan agama Allah. Dia termasuk 7 orang yg pertama sekali menunjukkan keIslamannya di Mekah. Mereka adalah Rasulullah, Abu Bakar, Bilal, Khabbab, Shuhaib, Ammar dan Sumayyah. Rasulullah dan Abu Bakar dihalangi oleh kaumnya sedangkan yg lain dipakaikan baju besi dan dipanaskan pd sinar matahari yg terik. Melihat Sumayyah, maka Abu Jahal mendekatinya dan menusuknya dengan tombak hingga meninggal dunia. Ammar hidup hingga menyaksikan terbunuhnya org yg membunuh ibunya
Begitu agungnya nilai perjuangan seorg wanita. Bila kita renungkan ternyata org yg pertama sekali memeluk Islam dan menyatakan kebenaran yg dibawa Rasulullah ialah Khadijah dan org yg pertama sekali syahid dalam Islam ialah wanita yg bernama Sumayyah...
Allahuakbar!

Komentar
Posting Komentar